EnglishEnglish
MYR
[email protected]

A. TERMA & SYARAT PENDAFTARAN


  1. 1.  Aafiyat Dropship (‘AD’) adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.
  2. 2.  AD hendaklah mendaftarkan penyertaan di laman website aafiyat2u.com dengan memasukkan butiran informasi. Pendaftaran AD adalah percuma.
  3. 3.  Melalui pendaftaran di aafiyat2u.com AD akan menerima link pendaftaran pembelian rasmi (‘ID Aafiyat Dropship atau AD ID’) dan akaun transaksi rasmi sebagai AD.
  4. 4.  Selepas pendaftaran, AD akan dimasukkan kedalam group whatsapp bagi edaran bahan-bahan pemasaran dan sebarang pengumuman tentang promosi yang akan dibuat oleh HQ.
  5. 5.  Tugasan AD adalah untuk mempromosikan produk-produk Olive House melalui ID AD sahaja tanpa perlu menguruskan tempahan, menyimpan stok atau menguruskan pembelian pelanggan.
  6. 6.  AD boleh membuat semakan komisen di dalam akaun transaksi rasmi AD di aafiyat2u.com

B. PROSES DROPSHIP


  1. 1.  Setelah pendaftaran, AD akan menerima link iaitu ID AD dan boleh secara langsung mempromosikan link berkenaan.
  2. 2.  Pelanggan yang membeli melalui ID AD tersebut akan melayakkan AD untuk menerima komisen.
  3. 3.  AD boleh menyemak jumlah dan pengiraan komisen di laman aafiyat2u.com. Komisen terkumpul berikut akan dibayar kepada AD pada sebulan sekali.
  4. 4.  Jika AD menerima sebarang maklum balas negatif daripada pelanggan, AD boleh menghubungi Khidmat Pelanggan HQ OHR Marketing Sdn Bhd untuk mendapatkan nasihat dan bantuan di talian 04-7330749.
  5. 5.  Komisen yang diterima adalah sebanyak 10% bagi setiap harga produk yang tertera di laman dan melalui pembelian di ID AD sahaja.
  6. 6.  Harga jualan produk adalah tertakluk kepada harga yang telah ditetapkan oleh OHR Marketing Sdn Bhd. AD TIDAK DIBENARKAN SAMA sekali menjual harga yang lebih RENDAH atau lebih TINGGI daripada harga kawalan yang ditetapkan.
  7. 7.  OHR Marketing Sdn Bhd akan memaklumkan kepada AD sekiranya terdapat perubahan harga dan komisen yang wajib dipatuhi oleh AD.

C. STRATEGI PEMASARAN DROPSHIP


  1. 1.  AD adalah DIBENARKAN mempromosi dan menjalankan aktiviti jualan melalui medium online seperti blog/website/ rangkaian media social/whatsapp sebagai platform promosi dan jualan.
  2. 2.  AD adalah bebas menjalankan strategi pemasaran sendiri di mana semua alat bantu promosi seperti gambar katalog, video tutorial, testimoni pelanggan, maklumat produk, harga promosi, dan juga ayat copywriting akan disediakan oleh OHR Marketing Sdn Bhd.
  3. 3.  AD adalah bebas untuk menjalankan aktiviti jualan dan promosi dimana sahaja tanpa sebarang had kawasan pemasaran.
  4. 4.  Jika AD menerima sebarang maklum balas negatif daripada pelanggan, AD boleh menghubungi Khidmat Pelanggan HQ OHR Marketing Sdn Bhd untuk mendapatkan nasihat dan bantuan di talian 04-7330749.
  5. 5.  Terma dan syarat ini adalah terikat dengan undang-undang Malaysia, sebarang ketidakpatuhan atau pelanggaran terma boleh mengakibatkan tindakan undang-undang terhadap AD.

D. TERMA PEMBELIAN


  1. 1.  Segala pembelian dan transaksi AD hanya dilakukan secara atas talian sahaja.
  2. 2.  Pembeli akan membuat pembayaran produk kepada OHR Marketing Sdn Bhd dan Senior Ejen akan menguruskan tempahan pelanggan.

E. PENGHANTARAN PRODUK


  1. 1.  Senior Ejen akan menguruskan segala tempahan pelanggan dan penghantaran produk akan dilakukan melalui penghantaran secara terus.
  2. 2.  Penghantaran produk kepada pelanggan akan dilakukan pada waktu bekerja (Isnin-Jumaat kecuali cuti am) daripada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.
  3. 3.  Penghantaran produk kepada pelanggan akan mengambil masa selama 3-5 hari.
  4. 4.  Penghantaran produk akan dikenakan caj sebanyak RM 10 bagi setiap produk

F. PEMULANGAN PRODUK


  1. 1.  Pihak OHR Marketing Sdn Bhd melalui Senior Ejen akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan semasa tempoh penghantaran.
  2. 2.  Produk yang telah dihantar tidak boleh ditukar kecuali pelanggan terima dalam keadaan rosak (manufacture defect) dan akan ditukarkan kepada produk dan bukan dengan wang tunai.
  3. 3.  Keadaan ‘manufacture defect’ adalah termasuk :
    • a) Perubahan warna kandungan produk yang belum dibuka penutup botol
  4. 4.  Pelanggan hendaklah menghubungi Senior Ejen sekiranya terdapat ‘manufacture defect’ terhadap Produk bagi tujuan pemulangan.
  5. 5.  Jika berlaku sebarang pertukaran produk, pelanggan harus mengepilkan bersama bukti pembelian semasa memulangkan produk kepada Senior Ejen untuk memudahkan urusan pertukaran.
  6. 6.  Sebarang pemintaan untuk penukaran produk tidak akan dilayan selepas 7 hari pembelian.

G. NILAI KOMISEN


  1. 1.  Pengiraan komisen adalah berdasarkan sebanyak 10% daripada nilai bersih jualan Produk yang tertera di dalam website.
  2. 2.  Komisen akan dibayar oleh OHR Marketing Sdn Bhd pada sebulan sekali pada waktu bekerja sahaja.
  3. 3.  Pihak syarikat akan memaklumkan komisen dan perubahan harga kepada AD jika PROMOSI POTONGAN HARGA berlangsung dalam tempoh tertentu.
  4. 4.  AD boleh membuat semakan terhadap komisen di laman website aafiyat2u.com
  5. 5.  Berikut adalah harga atau nilai komisen yang akan dibayara oleh OHR Marketing kepada AD:

  6. NO PRODUK HARGA (UNIT) HARGA SE + KOMISEN 7% (RM) KOS PENGEPOSAN
    1. Extra Virgin Olive Oils 250ml 44.90 4.90

    SEPERTI YANG
    TERTERA DI DALAM
    A2U
    (Minimum RM10)

    2. Olivie Plus 30x 250ml 119.90 11.99
    3. Madu 375g 165.00 16.50
    4. Sari Cuka Teen 250ml 24.90 2.49
    5. Sari Cuka Teen 500ml 44.90 4.49
    6. Olivie Plus 30x 50ml 29.90 2.99
    7. OPU 340g 394.90 39.49
    8. Ultra Pop 249.90 24.99
    9. Jus Delima 1 liter 69.90 6.99
    10. Jus Delima 200ml 23.90 2.39
    11. Pati Delima 350g 52.90 5.29
    12. Madu 125g 59.90 5.99
    13. Serbuk Kayu Manis Ceylon 150g 75.00 7.50
    14. Serbuk Kayu Manis Ceylon 30g 17.90 1.79
    15. Teh Herba Campuran 20sct 39.90 3.99
    16. Starter Pack 100.00 10.00
    17. Choco 15x25g 26.90 2.15
    18. Ubat Gigi Garam Bukit 200g 6.90 0.35
    19. Ubat Gigi Bunga Cengkih 200g 4.90 0.25
    20. Air Mineral 48x200ml 20.00 1.00
    21. Kurma Ajwah 200g 29.90 1.50
    22. Kismis 100g 11.90 0.60

H. PEMBATALAN AHLI


  1. 1.  Keahlian sebagai AD adalah TERBATAL serta merta sekiranya AD :
    a.  Melakukan promosi jualan secara SPAM atau apa sahaja bentuk promosi yang melanggar etika sosial di laman web.
    b.  Tidak membuat sebarang Sales yang selama 3 bulan berturut-turut.
    c.  Menjual produk dengan HARGA yang RENDAH ATAU TINGGI daripada HARGA yang telah ditetapkan oleh pihak OHR Marketing Sdn Bhd
    d.  Salahlaku jenayah seperti penipuan wang,peras ugut dan sebagainya.
    e.  Membocorkan rahsia dan Maklumat Peribadi Syarikat OHR Marketing Sdn Bhd kepada pihak luar dengan sengaja ataupun tidak.
  2. 2.  OHR Marketing Sdn Bhd adalah mempunyai kuasa mutlak diatas pembatalan AD.

I. DASAR PRIVASI


  1. 1.  AD adalah bersetuju untuk segala butiran data peribadi dan maklumat digunakan untuk tujuan rujukan OHR Marketing Sdn Bhd.
  2. 2.  OHR Marketing Sdn Bhd mengaku bahawa semua data peribadi dan apa-apa maklumat yang diperoleh dari AD hanya akan digunakan untuk tujuan pendaftaran dan rekod.
  3. 3.  OHR Marketing Sdn Bhd tidak akan mengumpulkan apa-apa data peribadi selain daripada apa yang diperlukan untuk pendaftaran dan rekod.
  4. 4.  OHR Marketing Sdn Bhd tidak akan berkongsi maklumat dengan pihak lain tanpa persetujuan oleh AD.
  5. 5.  Sebarang maklumat peribadi AD yang dikumpulkan adalah menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  6. 6.  Terma dan syarat ini adalah terikat dengan undang-undang Malaysia, sebarang ketidakpatuhan atau pelanggaran terma boleh mengakibatkan tindakan undang-undang terhadap AD.

J. TERMA AM


  1. 1.  AD adalah bukan merupakan pekerja OHR Marketing Sdn Bhd dan OHR Marketing Sdn Bhd tidak akan mempunyai kaitan sekiranya AD melanggar undang-undang jenayah atau sivil di Malaysia.

Loading...